HIDANGAN : 2 orang
MASA MEMASAK : 10 minit
BAHAN
1 roti croissant
2 biji telur
1 batang sosej daging – potong kecil
20 ml susu cair
1 keping keju cheddar – potong kecil
1 sudu besar mayonis
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit daun salad
Sedikit mentega
CARA
- Pukul telur bersama susu cair, garam dan lada hitam secukup rasa. Ketepikan.
- Dalam kuali leper, cairkan mentega dan masukkan sosej daging.
- Apabila sosej daging sudah masak, masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau sehingga telur masak.
- Belah dua roti croissant dan sapukan mayonis. Selepas itu masukkan salad, keju dan inti telur yang telah disediakan.