BAHAN SUP:
4 biji cendawan butang – cincang
4 ulas bawang putih – cincang
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
2 kiub ayam
1 liter susu penuh krim
1 cawan air
Sedikit minyak zaitun
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam (jika perlu)
BAHAN A:
1 batang roti baggutte
4 ulas bawang putih – cincang halus
Sedikit mentega
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan minyak zaitun dan mentega di dalam periuk. Tumiskan bawang putih sehingga layu.
- Masukkan cendawan butang dan tumiskan seketika.
- Kemudian masukkan susu penuh krim dan air. Masak sehingga mendidih susunya.
- Masukkan kiub pati ayam dan serbuk lada hitam. Jika ingin kuahnya pekat, masukkan sedikit tepung gandum mengikut kepekatan yang diingini. Ketepikan.
- Hiris roti baggutte dan sapukan dengan mentega yang dicampur bawang putih.
- Bakar sehingga garing. Angkat dan hidangkan dengan sup cendawan berkrim.