MAKARONI BAKAR SOS TOMATO

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A:

1 paket makaroni – rebus

350 gm daging cincang

100 gm keju cheddar – parut

250 gm keju mozzarella

2 sudu besar krim pekat

1 labu bawang besar – cincang

Sedikit mentega

Sedikit garam

Sedikit lada hitam

Sedikit serbuk paprika

 

BAHAN SOS TOMATO :

5 biji tomato – buang kulit dan cincang

1 labu bawang besar – cincang

3 ulas bawang putih – cincang

2 tangkai daun ketumbar

3 tangkai cili kering – kisar kering

1 tangkai daun selasih

Sedikit oregano

Sedikit thyme

Sedikit minyak zaitun

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Sapukan loyang dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Satukan ke semua bahan A dan gaulkan rata.
  3. Kemudian masukkan semua campuran ini di dalam loyang, taburkan lebihan keju mozarella dan keju cheddar di atasnya.
  4. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit. Biarkan seketika di dalam ketuhar sebelum dikeluarkan dan di potong.
  5. Untuk membuat sos, tumis bawang besar, bawang putih dan tomato dengan minyak zaitun hingga pecah minyak.
  6. Masukkan daun ketumbar, cili kering dan perasakan dengan garam dan lada hitam.
  7. Kemudian masukkan sedikit oregano, daun selasih dan daun thyme. Masak hingga pekat. Hidangkan sos dengan makaroni mengikut kreativiti anda.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan