BAHAN-BAHAN:
300 gm isi ketam
3 ulas bawang merah – kisar
½ batang lobak merah – cincang
½ batang saderi – cincang
½ biji bawang besar – cincang
3 sudu besar krim masakan
2 tangkai daun ketumbar – hiris halus
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
BAHAN BAYAM :
1 ikat bayam
3 ulas bawang putih – hiris
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit mentega
BAHAN KENTANG PUTAR :
2 biji kentang rebus
2 sudu besar krim masakan
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sos Kacang Hijau :
BAHAN-BAHAN:
1 paket kacang pis
1 labu bawang besar – cincang
½ batang lobak merah – cincang
½ batang saderi – cincang
½ batang leek – cincang
250 ml air
CARA MENYEDIAKAN:
- Tumis bawang merah, lobak merah, bawang merah dan saderi sehingga layu dan naik bau.
- Masukkan isi ketam, tumis seketika. Angkat dan alihkan isi ketam ke dalam mangkuk.
- Masukkan krim masakan dan gaulkan. Perasakan dengan lada sulah dan garam secukup rasa. Adunan jangan terlalu kering. Sendukkan adunan ke dalam kulit ketam dan bakar pada 170°C selama 3 minit. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan.
- Untuk memasak bayam: Tumis bawang putih dengan mentega. Masukkan bayam, garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat kentang putar : Satukan krim masakan dengan mentega, diikuti dengan kentang rebus kisar sehingga tekstur yang lembut. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
- Untuk membuat sos kacang pis : Tumis bawang, lobak merah, saderi dan leek sehingga perang.
- Masukkan air dan kacang pis sehingga empuk seketika. Tambahkan garam secukup rasa. Kisar sehingga halus. Hidangkan dengan isi ketam mengikut kreativiti anda.