BAHAN-BAHAN:

1 keping ikan kod

Sedikit minyak zaitun

 

BAHAN PERAPAN GAYA ASIA:

1 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

1 tangkai cili merah

3 tangkai daun ketumbar

1 batang serai

2 cm halia

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ikan kod dibersihkan dan diketepikan.
  2. Kisar semua bahan perapan dengan sedikit minyak zaitun.
  3. Kemudian lumurkan pada kepingan ikan kod dan perapkan seketika.
  4. Selepas itu, masak ikan kod di atas kuali leper menggunakan api sederhana kecil.
  5. Letakkan ikan kod di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.