BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung pulut
1 sudu kecil garam
Sedikit air
Sedikit pewarna kegemaran
BAHAN INTI
1 cawan kelapa parut muda
1 cawan air
1 ketul gula melaka
1 helai daun pandan
CARA MENYEDIAKAN
- Bancuh tepung dengan air dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu lembik. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan dan warnakan mengikut warna kegemaran.
- Didihkan air di dalam periuk. Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari, bulat-bulat dan leperkan dengan jari di tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih. Apabila masak ia akan timbul dan angkat. Ketepikan.
- Dalam periuk berasingan, didihkan satu cawan air dengan seketul gula melaka. Masukkan juga sehelai daun pandan. Apabila mendidih, masukkan kelapa parut. Kacau lagi sehingga agak-agak kering.
- Gaul dengan kuih yang dimasak tadi. Jika anda tidak mahu menggunakan gula Melaka, ia boleh juga menggunakan gula pasir. Jangan lupa campurkan secubit garam.