BAHAN-BAHAN
Suhun
Tauge
3 ketul dada ayam
1 biji sup bunjut
7 ulas bawang putih – tumbuk
2 cubit serbuk lada hitam
2 ketul kiub pati ayam
Garam dan air
CARA MENYEDIAKAN
- Dalam periuk isikan air, kiub pati ayam, dada ayam, bawang putih, garam, sup bunjut dan serbuk lada hitam.
- Didihkan sehingga dada ayam masak. Angkat dada ayam dan sejukkan.
- Carikkan isi ayam.
- Suhun direndam dan setelah kembang tuskan.
- Sewaktu menghidangkan, masukkan suhun, tauge dan isi ayam, dan tuangkan kuah sup jernih.