Pokok yang kelihatan seperti pokok semalu tetapi ia lebih besar ini hidup subur di kawasan berair. Baunya seperti petai jika daunnya disisir. Tangkainya seperti kangkung, berlempung kosong.
Ia ada dijual di pasar-pasar tani, dan biasanya pasar biasa di beberapa negeri tertentu. Ia enak dimasak lemak kuning ataupun putih.
BAHAN-BAHAN
Pucuk setangkis
Tempe
Sedikit ikan bilis – tumbuk
1 labu bawang besar – tumbuk
Garam
Santan
CARA MENYEDIAKAN
- Satukan semua bahan kecuali setangkis. Biarkan kuah mendidih sambil ia dikacau agar tidak pecah minyak.
- Setelah itu masukkan pucuk setangkis dan kacau lagi sehingga pucuk ini masak.