Masakan yang popular di Semarang, Indonesia ini dinamakan pindang. Kalau di negara kita pindang biasanya menggunakan ikan yang digoreng terlebih dahulu. Tetapi di Semarang ikan tidak digoreng dan ia dimasukkan terus ke dalam kuah. Bahan asas untuk pindang ini ialah belimbing buluh, daun kemangi atau selasih dan tomato muda. Kebetulan sewaktu penggambaran resipi ini, belimbing buluh tidak musim, merata juga saya mencarinya.
Ikan yang digunakan terserah anda. Banyak jenis ikan boleh digunakan, seperti talipia, merah, siakap, jenahak, bawal dan juga salmon.
BAHAN TUMIS
Beberapa hiris kunyit hidup
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
BAHAN LAIN
Ikan
4 biji tomato – dadu
7 biji belimbing buluh
3 tangkai cili hijau
Beberapa hiris halia
Beberapa hiris lengkuas
Daun kemangi ataupun selasih
Garam dan gula
2 batang serai – ketuk
3 helai daun limau purut
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
- Tuangkan air, dan masukkan semua bahan kecuali daun kemangi dan ikan. Biarkan kuah mendidih.
- Setelah mendidih masukkan ikan dan biarkan ikan masak.
- Akhir sekali masukkan daun kemangi.