Selain dimasak asam rebus, patin juga boleh digoreng. Tapi bagi mengelakkan rasa hanyirnya enak juga jika ia ditumis dengan cili dan campuran bahan-bahan lain. Bahan tumbuk yang digunakan tidak perlu ditumbuk lumat.
BAHAN-BAHAN
Ikan patin – goreng garing
Asam gelugur
Daun limau purut/salam
Gula dan garam
BAHAN TUMBUK
11 tangkai cili padi
Cili merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Bawang merah
2 biji tomato
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan minyak dalam kuali, kalau boleh lebihkan sedikit minyaknya.
- Tumis bahan tumbuk dan masukkan asam gelugur, daun salam atau limau purut, gula dan garam.
- Biarkan pecah minyak dan masak, dan kemudian masukkan ikan dan gaul sebati.