SUP AYAM CENDAWAN PERANG

BAHAN-BAHAN:

2 sudu besar  mentega

200 gm  daging ayam ( direbus dan dikisar )

700 gm  cendawan perang

3 ulas bawang merah ( dicincang )

1 sudu kecil  daun thyme segar

1 helai daun bay

½ cawan  minyak zaitun extra virgin

1 ½ cawan  air rebusan ayam

1 cawan  krim masakan

1 ½ sudu  garam

½ sudu kecil  lada hitam

2 sudu besar  perahan lemon

daun pasli sebagai hiasan

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Cendawan terlebih dahulu dicuci bersih, dikeringkan menggunakan tuala dapur.
  2. Ambil sebahagian cendawan dan cincang , sebahagian dipotong dadu dan dihiris.
  3. Panaskan mentega, bawang merah, sehingga layu. Masukkan daun bay dan cendawan yang dicincang, tumis sebentar.
  4. Masukkan air rebusan ayam dan krim masakan biarkan sehingga mendidih. Gunakan pengisar tangan, kisar semua bahan .
  5. Dengan api yang sederhana, masukkan cendawan dihiris dan didadu, lada hitam dan garam.
  6. Hias dengan menggunakan daun pasli.