
BAHAN CAESAR DRESSING:
7 ulas bawang putih ( dicincang )
1 sudu besar djon mustard
2 sudu besar mayonis
½ cawan minyak zaitun extra virgin
2 sudu besar perahan lemon ( boleh ganti dengan cuka tetapi 1@ ½ sudu besar sahaja )
1 sudu besar anchovies fillet ( dicincang )
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar parutan keju parmesan
CARA MENYEDIAKAN:
Satukan semua bahan diatas dalam mangkuk, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
BAHAN JAPANESE SESAME DRESSING:
6 sudu besar bijan ( dipanggang dahulu atau disangai )
5 sudu besar mayonis jepun
4 sudu besar cuka beras
2 sudu besar gula
3 sudu besar kicap ( masin )
3 sudu besar minyak bijan
CARA MENYEDIAKAN:
Bijan yang telah disangai, ditumbuk atau dikisar, kemudian satukan ke semua bahan diatas, menggunakan spatula atau whisk sehingga sebatI. Siap untuk digunakan.
TIP CHEF : Untuk resepi sesame dressing asli akan menggunakan sedikit mirin ( chef tidak menggunakan mirin kerana ianya daripada rice wine, untuk mendapatkan cuka beras boleh beli dipasaraya, antara jenama ialah mitsukan)
BAHAN WRAPPING CAESAR SALAD
2 keping roti pita nipis
4 sudu besar mayonis
100 gm hirisan daging ayam panggang
4 sudu besar parutan keju parmesan
4 keping lettuce
4 keping lettuce crispy / rocket
4 keping lettuce baby romaine
4 biji tomato ceri
1 biji telur rebus ( dihiris halus )
CARA MENYEDIAKAN:
- Sapu mayonis atas permukaan roti pita, susun semua jenis lettuce dibahagian hujung. Kemudian susun hirisan ayam, buah tomato, telur dan taburkan keju parmesan.
- Buat gulungan, siap untuk dihidang bersama caesar dressing dan japanese sesame dressing.
TIP CHEF : Gulungan caesar salad ini boleh disimpan dalam peti sejuk selama 2 hari.