MAKARONI AYAM ALFREDO DAN PUFF AYAM RADISH

BAHAN ALFREDO:

100 gm makaroni (direbus  dengan minyak dan sedikit garam terlebih dahulu )

60 gm  hirisan daging ayam panggang

1 ulas bawang merah ( dicincang )

1 ulas bawang putih  ( dicincang )

½ sudu kecil lada hitam ( diketuk )

½ cawan krim masakan

Garam secukup rasa

1 sudu  besar keju parmesan

Daun selasih segar secukupnya

Minyak zaitun

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan pan, masukkan sedikit minyak zaitun, tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau, masukkan ayam, kacau sebentar.
  2. Masukkan krim masakan, apabila mendidih, masukkan pasta makaroni dan kacau mesra.
  3. Kemudian masukkan sedikit garam, lada hitam dan daun selasih segar. Kacau lagi.   Matikan api dan taburkan diatas makaroni dengan keju parmesan.

 

BAHAN INTI PUFF

100 gm hirisan daging ayam / daging ayam cincang

1 batang  lobak putih ( kecil – dan dipotong memanjang )

½ batang timun jepun ( dipotong memanjang )

1 tangkai cili merah ( dipotong memanjang )

2 ulas   bawang putih ( dicincang )

1 sudu kecil lada hitam

½ cawan  krim masakan

Garam secukup rasa

8 potongan puff pastry ( boleh buat sendiri atau beli )

1 biji telur kuning

Sedikit minyak zaitun

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau mesra. Kemudian masukkan lobak putih, timun jepun, cili merah dan lada hitam.
  2. Masukkan pula krim masakan, apabila agak pekat masukkan garam, kacau sebentar dan matikan api.
  3. Sejukkan dahulu sebelum di isi dalam puff. Apabilla siap diisi dalam puff, sapukan telur kuning pada permukaan puff.
  4. Bakar puff pada suhu 190 hingga 200⁰C selama 35 minit.