BAHAN REBUSAN:
½ ekor ayam daging
1 sudu kecil cengkih ( rebusan )
1 sudu kecil lada hitam ( rebusan )
1 bunjut rempah ratus
1 ½ sudu garam
1 liter air
BAHAN PERAPAN:
2 sudu besar madu
1 ½ sudu kecil garam kasar
1 sudu kecil lada hitam (dihancurkan)
1 sudu kecil serbuk bawang putih (pilihan )
1 sudu kecil daun pasli kering/ segar ( dicincang )
1 sudu kecil daun selasih kering / segar ( dicincang )
½ biji lemon ( perahan )
CARA MENYEDIAKAN:
- Didihkan air, masukkan bahan untuk rebusan, seperti rempah ratus bunjut , lada hitam , cengkih dan garam.
- Kemudian masukkan ayam, rebus ayam selama 5 hingga 6 minit. Kemudian angkat ayam dan toskan.
- Lumurkan kesemua bahan perapan pada ayam kecuali perahan lemon. Biarkan perapan selama 30 minit.
- Panaskan ketuhar 180 hingga 190⁰C. Bakar ayam selama 25 hingga 30 minit. Apabila ayam siap dibakar, perah lemon diatas permukaan ayam. Siap untuk dihidangkan.
TIP CHEF : Lebihan air rebusan untuk ayam boleh dijadikan sup sampingan untuk ayam panggang ini.