ROTI JOHN DAGING – STEP BY STEP

HIDANGAN: 10 ORANG

BAHAN:           

500 gm  daging kisar

10 keping bun sosej

2 labu bawang besar – cincang halus

3 ulas bawang putih – kisar

1 cm halia – halus

1 sudubesar cili kisar

1 biji tomato

1 sudu besar rempah beriani

1 sudu besar rempah kari daging

60 ml air

1 sudu kecil serbuk pati ayam

½ labu bawang besar – cincang kasar

2 tangkai cili merah – cincang halus

5 tangkai daun sup – cincang kasar

8 biji telur

50 ml susu

Garam dan gula

 

BAHAN SOS & SALAD

4 sudu besar mayonis

4 sudu besar coleslaw

6 sudu besar sos cili Thai

½ batang timun

Salad

 

CARA     

1 Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau hingga garing.
2 Masukkan cili kisar, kacau lagi sehingga garing.
3 Masukkan pula tomato cincang, rempah beriani dan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak.
4 Kemudian masukkan daging kisar, biarkan ia sedikit kecut.
5 Masukkan air, serbuk pati ayam, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kering lebih kurang 15 minit.
6 Di mangkuk lain, masukkan daging yang telah siap dimasak tadi bersama bawang besar dan cili cincang. Diikuti hirisan daun sup.
7 Campurkan adunan dengan telur dan susu.Kacau sebati.
8. Gaul rata.
9 Panaskan minyak atas kuali leper, curahkan sesenduk adunan dantekapkan roti di atasnya.
9 Goreng hingga masak, letakkan sos, timun dan salad. Hidangkan.