Di dalam mangkuk, satukan bawang putih, halia, cili merah, daun ketumbar, sos tiram, minyak bijan, jus limau nipis, garam dan lada putih. Gaul rata.Kemudian gaulkan dengan udang tadi.Lumurkan udang bersama tepung (jangan terlalu tebal).Gaulkan pula dengan telur.Seterusnya balutkan udang dengan dengan kulit wantan yang telah digunting halus.Kemudian goreng dengan minyak yang banyak dan panas sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan minyak. Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili Thai.