Please enter banners and links.

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam – buang kulit

2 mangkuk air

½ biji buah pala

1 tin oat kecil

1 ½ cawan minyak jagung

1 cawan kacang pis

3 tangkai cili merah – hiris

2 batang daun sup dan daun bawang

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Rebus kan ayam bersama 2 mangkuk air dan setengah biji buah pala dan sedikit garam.
  2. Setelah empuk ayam, angkat dan tos kan ayam. Kemudian siat-siat kan isinya dan kisar kasar sedikit.
  3. Air rebusan ayam tadi dipanaskan lagi hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan oat dan kacau hingga masak.
  4. Setelah itu, masukkan isi ayam, minyak dan minyak jagung. Gaul rata dan pekat.
  5. Apabila nampak ia bergentel-gentel, tuangkan ke dalam mangkuk kaca dan tekan hingga rata.
  6. Akhir sekali, taburkan kacang pis, lada merah, daup sup dan daun bawang di atasnya.