BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan kembung
2 batang serai – kisar
1 sudu kecil lada hitam
2 keping asam gelugur
1 biji santan kelapa
4 sudu besar kerisik
2 cm lengkuas – kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 sudu besar cili kisar
BAHAN SAMPINGAN (hiris):
Kacang panjang
Bawang besar
Tauge
Timun
Daun selasih
Daun kesum
Cili padi (tumbuk)
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan santan dan sedikit air rebusan ikan ke dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar dan asam gelugur, masak hingga mendidih.
- Kemudian masukkan kerisik dan semua bahan kisar. Masak di atas api yang perlahan. Masukkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga pekat dan terbit minyak.
- Setelah masak, masukkan laksa ataupun spageti di dalam mangkuk dan hidangkan bersama bahan-bahan hiris.