Bahan-bahan
Mee kuning (dicelur)
Udang, sotong dan daging (direbus dahulu)
3 biji telur
2 sudu besar cili (kisar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar udang kering (dikisar)
1 sudu kecil tepung jagung
Gula dan garam
3 cawan air rebusan daging
Segenggam kacang tanah (dikisar)
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga naik bau.
Masukkan 3 cawan air rebusan  bersama daging
Selepas daging empuk, masukkan udang kering yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
Selepas beberapa minit, masukkan sos tomato, sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
Tambah 1 sudu kecil tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Kacau rata dan kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk.
Akhir sekali, taburkan kacang tanah yang telah dikisar bersama daun sup.
Hias udang diatas hidangan.
Boleh dihidang bersama cili jeruk