BAHAN-BAHAN:
300 gm ikan masin merah
1½ biji kelapa – ambil santannya
20 gm ikan bilis – bersihkan
½ biji bawang besar– hiris halus
5 keping jeruk binjai
Sedikit gula pasir
BAHAN KISAR:
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
2 cm kunyit
CARA MENYEDIAKAN:
- Ikan masin merah dicuci dengan air dan buang sisiknya sekiranya ada.
- Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama santan, hirisan bawang besar dan ikan bilis.
- Masak di atas api yang sederhana agar tidak pecah minyak. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan merah masin.
- Bubuh sedikit gula dan masukkan jeruk binjai dan boleh ditutup apinya.
TIP MEMBUAT JERUK BINJAI
Buah binjai yang muda, dibelah dua dan dibuang bijinya. Dibelah kecil ikut suka. Masukkan ke dalam bekas berisi garam kasar dan air suam. Simpan selama seminggu lebih untuk dijadikan jeruk.