Kuih jongkongatau kuih bongkok ini amat popular di bulan Ramadan. Rasanya lemak-lemak manis dan biasanya dijual pada harga RM 1.50 hingga RM 2.00 sebungkus. Kata orang kuih jongkong ini berasal dari Perak dan ada juga yang mengatakan ia berasal dari Johor. Tidak kiralah dari mana datangnya, kuih jongkong ini merupakan resipi warisan yang semakin dilupakan. Anda harus mencubanya…
Kuih Jongkong
BAHAN-BAHAN:
350 gmtepung beras
600 ml santan cair
50 gm gula
5 helai daun pandan – simpul
Sedikitgaram
Beberapa helai daun pisang
BAHAN INTI :
2 ketul gula Melaka – hiris halus
600 ml pati santan
CARA MENYEDIAKAN:
- Daun pisang dibersihkan, kemudian dipotong empat persegi besar. Layurkan di atas api dan ketepikan.
- Satukan tepung beras, tepung sagu, santan cair, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk. Kacau sehingga pekat. Biarkan suam.
- Ambil daun pisang letakkan sedikit adunan.
- Kemudian letakkan hirisan gula Melaka di tengah-tengahnya.
- Tuangkan pula santan pekat. Balut kemas daun pisang dan selitkan lidi. Kukus selama 25 minit hingga 30 minit.