BAHAN KEK
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
¼ sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar gula
1 ½ cawan krim putar
¾ sudu garam
BAHAN KRIM
1 ½ cawan krim – sejukkan
3 sudu besar gula aising
1 ½ sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil parutan kulit lemon
BAHAN SOS STRAWBERI
500 gm strawberi segar
3 sudu besar gula kastor
CARA
- UNTUK KEK : Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat, gaul rata. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan krim putar, gula dan garam. Pukul sebati adunan.
- Tuangkan adunan ke dalam bekas bulat kecil, lalu bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 18 minit sehingga 20 minit. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan ketepikan.
- UNTUK KRIM :Satukan kesemua bahan krim, lalu pukul sehingga kembang dan likat.
- SOS STRAWBERI : Strawberi dibuang tangkai dan dibelah empat. Gaulkan strawberi dengan gula kastor, masak sehingga airnya keluar menjadi sos. Sejukkan sos strawberi.
- Akhir sekali, hiaskan kek dengan krim dan sos strawberi mengikut kreativiti anda.