BAHAN
500 gm strawberi kering – potong kecil
200 gm ikan masin – goreng garing
100 gm cili kering – kisar
30 gm bawang putih – kisar
200 gm bawang merah – kisar
250 gm asam jawa – campur air
Minyak masak untuk menumis
Gula dan garam
CARA
- Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili kering, tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.
- Selepas itu, masukkan strawberi dan ikan masin. Masak sehingga strawberi hancur. Bubuh garam secukup rasa.
PESAN SAJI : Sambal strawberi ikan masin ini, enak dimakan dengan nasi panas dan nasi lemak.