BAHAN
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil esen vanila
1 sudu besar perisa strawberi
1 biji telur
1 cawan susu cair
CARA
- Satukan tepung naik sendiri, serbuk penaik, gula, garam, esen vanilla, perisa strawberi, telur dan susu cair di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati, pastikan tiada ketulan.
- Tapiskan adunan untuk mendapatkan adunan yang halus.
- Panaskan acuan waffle dan sapukan dengan sedikit mentega. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar selama 10 minit pada suhu 200°C.
- Setelah waffle masak, hidangkan bersama aiskrim vanilla, strawberi dan sos strawberi.