STRAWBERI FLAN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN KEK

250 gm tepung gandum

15 gm tepung jagung

15 gm serbuk penaik

180 gm mentega

170 gm gula

4 biji telur

3 sudu besar susu cair

Secubit garam

 

SOS KASTARD

60 gm tepung kastard

½ tin susu pekat

½ tin susu cair

1 tin air

1 sudu besar pes strawberi

 

CARA

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, satu persatu, pukul rata.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik, sedikit demi sedikit, pukul adunan sebati.
  3. Selepas itu, masukkan susu cair dan garam, kacau sebati adunan.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30 minit sehingga 40 minit. Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
  5. SOS KASTARD STRAWBERI : Didihkan air di dalam periuk, masukkan susu pekat, susu cair dan tepung kastard. Kacau sehingga kastard berkilat.Padamkan api.
  6. Tuangkan sos kastard strawberi di atas kek. Hiaskan strawberi dan sos jeli strawberi di atasnya.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan