BAHAN
300 gm spageti
3 ulas bawang putih – cincang
2 labu bawang Holland – cincang
100 gm daun parsli – cincang
50 gm sayur campur
100 gm ayam cincang
5 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
CARA:
- Rebus spageti selama 10 minit dengan sedikit minyak. Tuskan.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang Holland serta daun parsli.
- Masukkan spageti dan sayur campur.
- Gaul rata dan rasakan garamnya. Gaul selama lima minit dan sedia untuk diangkat.