BAHAN
300 gm spageti
1 tin tomato puri
2 labu bawang Holland – cincang halus
4 ulas bawang putih – cincang halus
200 gm udang kertas
250 gm sotong
2 biji tomato – potong dadu
5 sudu minyak zaitun
1 sudu kecil oregano
Garam secukup rasa
CARA:
- Rebus spageti selama 10 minit dengan sedikit minyak. Tuskan.
- Panaskan miyak dan tumis bawang putih, bawang Holland dan buah tomato hingga naik bau.
- Masukkan udang , sotong dan oregano.
- Kemudian masukkan tomato puri dan gaul hingga rata. Biarkan selama lima minit dan masukkan spageti.