BAHAN A:
400 gm spageti (1 paket) – rebus
1 sudu besar sos cili
50 gm lobak merah – potong nipis
50 gm sawi – potong kecil
Sedikit minyak
BAHAN B:
500 gm tulang lembu – bersihkan
250 gm daging lembu – potong dadu
1 bunjut sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Air secukupnya
BAHAN C:
1 sudu besar cili kisar
1 tin tomato puri
1 sudu besar lada hitam
1 bungkus sup bunjut
BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
3 cm halia
CARA:
- Panaskan sedikit minyak masukkan sayur sawi, lobak merah, spageti dan sos cili. Gaul sebati dan ketepikan.
- Rebus tulang dan daging lembu dan masukkan separuh bahan kisar, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, dan sup bunjut.
- Masak sehingga daging lembut. Ketepikan.
- Dalam periuk, tumis baki bahan kisar bersama cili kisar.
- Kemudian masukkan tomato puri, lada hitam dan gaul sebati.
- Selepas itu, masukkan sup tulang dan daging yang telah dimasak tadi ke dalam.
- Kacau sehingga sebati dan masukkan garam secukup rasa.
- Hidang spageti bersama kuah.