BAHAN:
2 kg kepala ikan merah
10 bendi
2 biji tomato
1 cawan santan
½ cawan jus asam jawa
3 ½ sudu besar rempah kari ikan
7 tangkai cili kering
1 kiub pati ikan bilis
3 cm halia
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
3 ulas bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
2 tangkai daun kari – dilurut
1 sudu kecil halba campur
CARA:
- Bancuh rempah kari dengan setengah cawan air bersama bawang merah, cili kering, haliadan bawang putih. Kisar lumat dan ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
- Selepas itu masukkan bahan kisar hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan sentiasa dikacau.
- Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, kiub pati ikan bilis dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan juga santan.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.
- Akhir sekali masukkan tomato.