BAHAN:
500 gm isi ayam – potong dadu
1 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar – hiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos tomato
Sedikit tepung
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
BAHAN KISAR
2 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
3 cm halia
CARA:
- Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit, tepung dan garam secukup rasa.
- Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga masak. Ketepikan.
- Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos tomato, mayonis dan garam secukup rasa.
- Selepas itu masukkan ayam dan gaul sebati.