BAHAN
½ paket spageti
250 gm daging – rebus dan simpan airnya
100gm udang basah
2 ekor sotong basah
6 biji telur burung puyuh – rebus
100 gm cili kering
1 sudu besar udang kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar taucu
Sedikit cendawan kering – rendam dan potong kasar
Sedikit kerang rebus
Garam
BAHAN HIASAN
1 batang timun – hiris halus
Sedikit limau kasturi
Sedikit sambal belacan
CARA
- Rebus spageti dengan sesudu minyak dan sedikit garam. Setelah spageti lembut, angkat dan tuskan.
- Kisar cili kering,bawang merah, bawang putih dan udang kering.
- Tumis bahan kisar hingga garing. Kemudian masukkan daging bersama airnya.
- Masukkan taucu,udang,sotong,telur,cendawan dan garam secukup rasa.
- Hidang bersama bahan hiasan.