BAHAN
3 biji telur – rebus dan hiris bulat
1 batang timun – hiris bulat
2 biji tomato – hiris bulat
Sedikit daun salad – potong
BAHAN SOS SALAD
2 biji keledek – rebus dan kisar
10 tangkai cili merah – kisar
5 sudu besar sos tomato
Garam dan gula
CARA
- Satukan bahan sos dan masak di atas api sederhana.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sejuk seketika.
- Susun salad dalam pinggan, diikuti timun,tomato dan atas sekali telur. Curah sos diatasnya. Bolehlah dihidangkan.