BAHAN
10 ekor sotong – dibersihkan dan dipotong
1 biji bawang besar – dipotong baji
1 biji cili merah – dipotong serong
1 biji cili hijau – dipotong serong
1 tangkai daun kari
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
1 kiub ikan bilis
BAHAN TUMBUK
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA :
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
- Masukkan air asam jawa, garam, kiub ikan bilis dan di gaul rata.
- Masukkan bahan-bahan lain yang di potong tadi dan sotong. Gaul rata hingga sotong masak iaitu dalam 5 minit sahaja (Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong akan jadi liat)
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.