PAPRIK AYAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan A

200 gram isi ayam

 

Bahan B

1/2 inci halia – diracik halus

3 ulas bawang besar – diracik halus

1 batang serai –di ketuk

 

Bahan C

4 sudu besar cili kisar

1 sudu besar kicap manis

1/2 sudu besar kicap pekat

2  sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

Garam dan gula secukup rasa

1 sudu teh tepung jagung – bancuhkan dengan sedikit air

 

Bahan D

5 helai daun limau purut – disiat

7 tangkai cili padi – diketuk

Kubis bunga

3 tangkai kacang panjang – di potong sepanjang 1 inci

1/2 batang lobak merah – di potong seperti mancis

 

Cara memasak:

  1. Rebus isi ayam di dalam kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok. Jangan terlalu lama merebus. Seterusnya angkat, toskan isi ayam tersebut dan di potong kecil.
  2. Tumis halia, bawang besar, serai sehingga garing dan berbau harum.
  3. Masukkan pula cili kisar, kacau hingga wangi.  Selepas itu masukkan kicap, sos cili, sos tiram, garam dan gula.
  4. Masukkan pula isi ayam yang telah dipotong dan air rebusan tadi kedalam bahan tumisan.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau dan biarkan selama 2 minit.
  6. Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang dan lobak merah. Kacau sehingga masak dan rasanya sebati.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan