SOTONG GORENG CILI KERING – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN   

300 gm  sotong  – bersihkan & potong ikut suka

4 sudu besar minyak

4 ulas bawang putih – cincang

2 cm halia

10 tangkai cili kering – potong 3 cm

½ labu bawang besar – potong kasar

2 sudu besar sos tiram

½ sudu besar kicap cair

½ sudu besar kicap pekat

½ sudu besar sos ikan

1 sudu besar sos cili

1 sudu kecil serbuk pati ayam

4 sudu besar air

½ sudu kecil  tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

20 biji gajus – goreng sebentar

5 batang daun bawang – potong 3 cm

 

CARA:  

Hiris dan potong sotong memanjang
Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kering, kacau sebentar.
Masukkan sotong, kacau sebentar. Masukkan sos, bahan perasa lain dan air, didihkan sebentar hingga agak kering.
Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebentar.
Masukkan gajus dan daun bawang , angkat dan hidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan