BAHAN-BAHAN
3 tiub tauhu telur
3 ekor udang besar
2 sudu besar tepung jagung
½ sudu besar serbuk kunyit
Garam secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya
Kuah sayuran
2 ulas bawang putih
2 cawan stok daging
50 gm lobak merah
50 gm kacang peas
3 batang putik jagung
3 tangkai cili padi
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
Minyak masak
Garam
CARA MENYEDIAKAN
- Goreng tauhu telur dalam minyak yang banyak. Toskan minyak.
- Perap udang dengan garam dan serbuk kunyit, taburkan tepung jagung dan goreng dalam minyak panas, angkat dan toskan.
- Untuk kuah sayuran, tumis bawang putih dengan sedikit minyak menggoreng udang hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram dan stok udang
- Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong dan dihiris, renehkan hingga masak.
- Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air, tuang ke dalam sayuran untuk memekatkan kuah. Setelah masak, tuangkan kuah sayuran ke atas tauhu. Letakkan udang goreng di atas sayuran sebelum menghidang.