SOS TOMATO DAGING SAMUDERA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:    

500 gm daging kisar

2 kg tomato

2 biji bawang besar – kisar kasar

8 ulas bawang putih – kisar kasar

2 batang saderi – kisar kasar

1 sudu makan herba campuran dalam botol

Sedikit gula pasir

1 tin sardin saiz besar

1 botol sos tomato

2 liter air

Sedikit minyak dan garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tomato dibersihkan. Masukkan air dan rebus sekejap.
  2. Buang kulit dan biji tomato dan kemudian kisar kasar.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisaran.
  4. Masukkan daging dan masak hingga kering airnya.
  5. Masukkan tomato yang dikisar tadi. Masak hingga agak pekat.
  6. Masukkan sos tomato diikuti rempah.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan sardin yang dilenyek kasar.
  8. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam. Sedia untuk dimakan bersama roti jala.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan