BAHAN-BAHAN:
1/2 kg beras pulut
120 gm gula
1 sudu kecil ragi
CARA MENYEDIAKAN:
- Basuh beras pulut dan rendam semalaman. Kukus pulut hingga masak. Taburkan gula di atasnya.
- Ratakan gula dengan sudip dan sejukkan. Tumbuk ragi hingga hancur. Tabur dan gaul rata pada pulut tadi.
- Bungkus dengan daun pisang atau daun getah atau sebagainya.
- Masukkan ke dalam bekas tertutup.
- Masukkan ke dalam beg plastik dan ikat kedap sepenuhnya.
- Biarkan ia masak beberapa hari sebelum dihidangkan bersama ais krim dan sos melba.