BAHAN-BAHAN:    

1 cawan beras

2 1/2 cawan air

2 helai daun pandan disimpul

 

CARA MENYEDIAKAN      

  1. Basuh beras sehingga bersih.
  2. Masukkan air dan daun pandan dan masak dalam periuk nasi elektrik.
  3. Tuang ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang dan tekan hingga mampat dan letakkan pemberat atau masukkan ke dalam beg plastik kemudian simpulkan plastik tadi hingga menjadi padat.
  4. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.