Ada pendapat mengatakan sos ini berasal dari Belanda dan dibawa masuk ke Perancis. Ini terbukti bila resipi ini pernah dimuatkan dalam buku resipi pada tahun 1593. Sos ini boleh dimakan dengan pelbagai cara dan sos ini paling sedap dimakan dengan asparagus kukus.
BAHAN
3 biji kuning telur
½ biji lemon
1 sudu kecil air sejuk
1Sudu kecil garam
½ cawan mentega
1 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA :
Pukul kuning telur dan masukkan jus lemon, air, garam dan lada hitam.
Dalam kuali lain, cairkan mentega.
Setelah mentega cair tuangkan adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau rata selama 8 minit.
FOTO : Sumber google