Sos jenis ini berasal dari Itali dan Perancis. Sos ini pada asalnya digunakan sebagai ejen pemekat untuk lasagna dan nama asalnya dari Itali, Balsamella. Sos berwarna putih ini biasanya digunakan dalam masakan tersebut dan ia dimasak berasingan. Bechamel dinamakan sempena nama pegawai kewangan kepada raja Louis XIV.
BAHAN
5 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
4 cawan susu segar
2 sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk buah pala
CARA :
Dalam periuk cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau rata sehingga lembut.
Biarkan ia masak sehingga tujuh minit.
Sementara itu panaskan susu sehingga mendidih, masukkan garam dan serbuk buah pala.
Tuangkan susu ke adunan tepung dan kacau sebati. Kacau sehingga 10 minit.
FOTO : Sumber google