Biasanya sos ini dimakan dengan fish n chips atau pun apa saja isi ikan yang digoreng dengan celup tepung. Nama sos ini diberikan sempena etnik yang pernah menduduki Perancis, Tatar yang berasal dari Ukraine dan Rusia. Resipi sos ini pernah ditemui dalam buku resipi IsabellaBeeton pada tahun 1861. Resipi asal sos ini menggunakan herba tarragon dan dicampurkan dengan mayonis.
BAHAN
1 cawan mayonis
1/4 cawan krim masam
1 sudu besar bawang merah cincang
1/2 biji lemon
Secubit serbuk cili
sedikit garam
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jeruk gerkin cincang
CARA :
Satukan semua bahan dan gaul sebati.
FOTO : Sumber google