Biarpun Syawal sudah makin ke penghujung, masih tak terlambat rasanya jika Saji berkongsi resepi Ayam Malaysia untuk pembaca. Perkongsian daripada Facebook Norasidawati Bt. Mohamed Sidek ini cukup popular, mana tidaknya, melihatkan gambar yang dimuatnaik di laman sosial itu cukup menggiurkan dan menghambat rasa.

Pengganti rendang ayam tahun ni…Akak x masak rendang masa 1 syawal…Akak buat Ayam Malaysia..x tau le cane dapat namanya Ayam Malaysia..Menuntut ilmu dgn katerer 15 tahun lepas..Mak, abah, en laki, anak, ipar duai, anak sedara, sedara mara sekelian ya Amat suka menu ayam ni…

Resepi Ayam Malaysia.

1 ekor ayam potong 16@18 (lumur garam kunyit goreng separuh masak)

1 genggam cili kering (gunting, rebus dan kisar)

2 labu bawang besar (kisar)

3 ulas bawang putih (kisar)

2 inci halia (kisar)

2 inci lengkuas (kisar)

10 batang serai (dihiris dan dikisar halus)

2 helai daun pandan

Kicap manis

Garam

Gula

Minyak

 

Cara:

Ayam dibasuh bersih dan digoreng half cook.

Kisarkan serai je dulu…asingkan bekas..Kedua baru kisar cili kering, bawang merah/putih, halia dan lengkuas..

Amik minyak gorengan ayam,bila minyak dah panas masukkan daun pandan dulu pastu serai yg dikisar halus…Masak sampai agak garing..Bila kome tgk serai tu dah garing baru masukkan bahan kisar cabai segala bagai tad..Masak sampai pecah minyak, sesambil tu buh garam gula, campakkan 1 keping asam keping, kicap manis sikit je…Last sekali baru masukkan ayam yg dah digoreng td…Gaul rata..

Siap dah..Sedap dimakan dengan nasi, ketupat, nasi impit, lemang..huishhh hantukkan aje makan dg apa bende pun boleh…

P/s: kalau boleh jgn biokan sambalnya garing sangat..bio basah2 sikit melekat le dia kat ayam…

Kredit : Norasidawati Bt. Mohamed Sidek