Terung pipit (Solanum Torvum) atau juga dikenali sebagai terung rembang dan Terung manggul merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara Tropika yang lain. Terung pipit mengandungi 2 peratus  protein, 0.1 peratus  lemak, 7.9 peratus  karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84 peratus . Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain itu, akar terung pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yang diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga. Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut. Manakala, bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asapnya. Bagi yang mempunyai masalah pada bahagian kulit kaki yang merekah ataupun bengkak, boleh menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yang bermasalah.

Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yang bengkak. Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.

Noni Wahab

Noni Wahab

More Posts - Website

Follow Me:
FacebookInstagramYouTube