BAHAN-BAHAN
1 keping ikan dori – bersihkan dan potong kecil
4 tangkai cili kering – goreng dulu
1 labu bawang besar – potong bulat
3 ulas bawang putih – hiris halus
1 inci halia muda – hiris halus
1 helai daun limau purut
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili kasar
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan. Bila dah naik bau baru masukkan sos plum, sos ikan, sos tiram, lada hitam serta serbuk cili kasar.
- Kemudian masukkan kicap pekat dan bawang besar. Goreng sebati.
- Akhir sekali masukkan ikan, cili kering dan daun limau purut.