Sos yang biasanya digunakan untuk hidangan chicken chop, ayam panggang dan juga stik daging ini amat mudah untuk disediakan.

BAHAN

250 gm cendawan butang

1 sudu kecil daun taim – cincang

½ cawan air

1 kiub pati ayam

¼ cawan sprite

2 sudu kecil tepung jagung

sedikit garam

½ sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu besar mentega

Sedikit minyak jagung atau zaitun

 

CARA :

Panaskan kuali dan tuangkan minyak.

Masukkan cendawan hiris dan layurkan selama lima minit.

Masukkan air, pati ayam, sprite, garam, serbuk lada hitam dan masak selama 5 minit.

Masukkan pula mentega dan tuangkan tepung jagung. Biarkan ia mendidih.

Kemudian kisar sehingga sebati.

 

FOTO : Sumber google