Sos ini dipercayai mula dimakan untuk golongan buruh lombong arang batu di Itali. Karbonara berasal dari perkataan carbonaro bermaksud pembakar arang batu. Sos yang dimakan dengan pasta seperti spageti, fetucini, linguini, bucatini dan rigatoni. Sos putih ini boleh dicampurkan dengan pelbagai bahan mengikut selera. Paling sesuai ia dicampurkan dengan makanan laut.
BAHAN
50 gm mentega
50 gm tepung gandum
100 ml susu segar
125 gm keju cedar
1 labu bawang besar cincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Makanan laut pilihan
8 biji cendawan hiris
CARA :
Panaskan mentega dan tumis bawang cincang sehingga layu.
Kemudian masukkan cendawan dan tumis lagi.
Masukkan makanan laut pilihan, serbuk lada hitam dan biarkan masak.
Akhir sekali tuangkan susu segar dan masukkan tepung gandum.
Matikan api dan masukkan keju.
Jika ada tidak mahu menggunakan tepung gandum, anda boleh gantikan penggunaan susu segar dengan tepung gandum dengan krim masakan.
FOTO : Sumber google