SKYRIDES FESTIVAL PARK – AWESOME

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Tak perlu bersesak-sesak ke Kuala Lumpur sewaktu cuti, tenangkan diri dan halakan langkah ke Skyrides Festival Park, Putrajaya. Taman yang cukup sempurna untuk mengisi waktu bersama keluarga dan teman.

Walaupun baru memulakan operasi pada 1 Mei 2015, namun Skyrides Festival Park menerima kunjungan luar biasa kerana keunikan aktiviti yang ditawarkan. Terdapat 9 zon untuk diterokai antaranya Skyrides Balloon, SkyDiner, SkyStage, SkyArt, SkyCruise, SkyWarrior dan SkyKids.

Saji berkesempatan menikmati penerbangan menaiki SkyRides Balloon pertama di dunia yang berplatform di atas air dan pengalamannya cukup menakjubkan. Dibawa pada ketinggian 120 meter dan berkeupayaan menggapai pemandangan indah tanpa halangan konkrit, tidak ternilai. Satu lokasi yang cukup sempurna untuk membuat kejutan buat yang tersayang, lamaran perkahwinan mungkin?

Harga tiket? Jangan risau, pengalaman indah ini boleh dimiliki dengan hanya RM38 (dewasa) dan RM30 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah).

Selepas puas meninjau alam daripada pandangan helang, apakata cabar diri dengan SkyWarrior. Cabar adrenalin dengan lapan rintangan sukar dan bersedia untuk basah. Cukup mengujakan. Lupakan segala teknologi, telefon pintar, kompleks membeli belah. Mulakan hidup aktif dan keluarkan peluh yang sudah lama terperap dalam tubuh badan.

Tiada had umur bagi SkyWarrior, cuma pastikan ketinggian anda lebih daripada 120 sentimeter. Lebih menarik lagi, tiada had masa dikenakan. Hanya RM25 dan berlatihlah sehingga puas. Tepat jam 10.00 malam, dipersilakan balik..hehe

Bagi yang membawa anak kecil, jangan risau kerana taman ini menyediakan SkyKids. Setiap kanak-kanak dikenakan bayaran RM10 sekali masuk, tanpa had masa. Sementara anak-anak berseronok di SkyKids, ibu bapa bolehlah ‘dating’ berdua di SkyWarrior atau SkyArts.

Lebih menarik lagi, SkyKids Warrior menempatkan 18 halangan mudah, SkyKids Warrior pastinya menjanjikan aktiviti lasak dan cukup berfaedah daripada mengadap gadjet setiap masa.

 

FOTO : SYAFIQ AFFENDY HJ SHAMSULAKMAR

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan