GEDIK SANTAI DI SUPERLICIOUS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Wow…terliur bila mee mamak terhidang di depan mata. Memang tepat pilihan SAJI berkunjung ke Superlicious. Terletak di Pantai Cenang, café ini cukup strategik untuk bersantai bila bulan menunjukkan sisinya.

Meskipun baru beroperasi, namun konsep santai dengan barisan menu yang membangkitkan selera membuatkan Superlicious menjadi tumpuan. Malah, pengunjung berpeluang mendapatkan info menarik mengenai Langkawi di sini kerana pemilik, café ini turut mengusahakan pakej pelancongan dengan harga yang sangat menarik. Sambil makan, bolehlah buat tawar menawar untuk jelajah Pulau Mahsuri.

SAJI berpeluang menikmati beberapa menu istimewa antaranya Aglio Olio Seafood (RM13), Mee Mamak (RM6), Shawarma Ayam (RM10) dan Burger Baconizer (RM14). Jangan terkejut, kalau baru lepas menjamah nasi sepinggan pun masih mampu melicinkan Aglio Olio Seafood dan Mee Mamak. Kepedasan Aglio Olio cukup kena dengan tekak Melayu. Dan Mee Mamak, fuuuhhh, sedap gila.

Jika kehausan, SAJI cadangkan pesan Apple Asam Boi (RM6), segarnya hingga membangkitkan seluruh urat nadi. Terus hilang mengantuk dan terasa sihat sejahtera…(haha)

Kalau sedap mesti mahal kan? Haaa…jangan tertipu dengan kata-kata itu. Harga menu di sini cukup berpatutan dan serendah RM6.00 hingga RM18.00.

Untuk pembaca SAJI, Superlicious dengan bermurah hati memberikan diskaun 10% dengan syarat, anda haruslah check in FB Chenang Superlicious Corner.

Waktu operasi – 4.00 petang hingga 2.00 pagi.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan