Duniaku Terbalik..

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Uish..rasa macam Spiderman pula bila tergantung begini. Satu rumah jadi serba terbalik. Daripada ruang tamu, bilik tidur sehinggalah ke tandas, haru biru jadinya.

Dek kasihan melihat SAJI yang terpinga-pinga dengan keadaan Upside Down Museum, petugas dengan sedaya mungkin menolong SAJI untuk duduk di posisi yang terbaik untuk bergambar agar kena dengan situasi. Terima kasih atas bantuan yang dihulurkan.

Lihat sahaja hasilnya, memang menakjubkan. Kadang kala tergelak sendiri melihat hasil gambar, sungguh menarik dan lucu.

Bukan sahaja ruang rumah yang terbalik, pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana kedai makan dijadikan dalam bentuk senget. Aduh, pecah perut bila bergambar.

Dan cukup menakjubkan apabila muzium ini menjadikan ruangan atas sebagai bahagian luar. Maknanya, pengunjung seolah-olah terawang di awan biru. Malah boleh menyelinap masuk daripada atap kedai.

Bayaran masuk :

Dewasa : RM27.00

Kanak-kanak / Pelajar / Warga Emas : RM16.00

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan